Aku kau berbeza…aku kau istimewa
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakal dosa gadis bujang ditangung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yg belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERAT
KAN
?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak mnjalankn tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yg tua.
Manakala perempuan tidak—perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik,pahala dapat kepadanya. Kalau buat tak baik, dosanya ditanggung suaminya. BERAT
KAN
?
Suami kena bagi nafkah kepada isteri. Ini wajib. Tapi isteri tidak. Walaupun isteri boleh mmbantu, haram bg suami bertanya pndapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Banyak lg lelaki lebih-lebih lagi yg bergelar suami kena tanggung.
Kalau nk dibayangkn beratnya dosa2 yg ditanggungnya seperti gunung dgn semut.
TETAPI, orang lelaki, ada keistimewaan yg dianugerahkn oleh Allah. Ini org lelaki perlu tahu……
WANITA
Auratnya lebih susah dr lelaki. Dia perlu meminta izin dr suami untuk keluar rumah.tp tidak sebaliknya.
Saksinya kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkn anak.
Wajib taat kepada suaminya, tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak ditangan suami, bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg x ade pd lelaki.
PERNAHKAH KITA MELIHAT SEBALIKNYA?
Benda yg mahal harganya, akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak dibiarkn bersepah2 bukan? Itulah bandingan dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kpd ibunya 3 kali lebih utama dr bapanya. Bukankah ibu adalah seorg wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dr lelaki tetapi harta itu mnjadi milik peribadi nya dan tidak perlu diserahkn kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka, perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkn anak, tetapi setiap saat dia didoakn oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkn anak, adalah syahid kecil. Manakala dosa2 kecilnya diampunkn oleh Allah.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkn terhadap 4 wanita ini:- isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuan. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki:- suaminya, ayahnya, anak lelakinya, dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana2 pintu syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:- solat
lima
waktu, puasa di bulan Ramadan , taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikn tanggungjawab kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Masya-Allah………..sayang nya ALLAH pada wanita.
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingat lah wahai lelaki,…..kamu sebenarnya istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu Dia mengangkat kamu sebagai pemimpin …maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik2nya. Supaya kelak masing2 , lelaki dan wanita dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan istimewa di sisi-NYA.